ENAKMEN 3
ENAKMEN TAREKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN V - PENDAFTARAN TAREKAT TASAWUF



Seksyen 12. Perakuan Pendaftaran.


(1) Pendaftar hendaklah mengeluarkan Perakuan Pendaftaran sebagaimana yang ditetapkan dalam Borang TT 2 dalam Jadual Kedua kepada mana-mana tarekat tasawuf berdaftar.

(2) Syeikh bagi tarekat tasawuf berdaftar hendaklah mempamerkan atau menyebabkan supaya dipamerkan Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan kepadanya di tempat yang mudah dilihat di pusat pengamalan tarekat tasawuf itu.

(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi lima ratus ringgit, dan dalam hal kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, boleh dikenakan denda yang tidak melebihi satu ribu ringgit.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.