ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR



Seksyen 17. Kehadiran bukan anggota dalam mesyuarat Majlis.


(1) Jika seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 11(1)(c) atau subseksyen 11(4) tidak dapat menghadiri sesuatu mesyuarat Majlis, anggota itu boleh diwakili oleh mana-mana pegawai beragama Islam di Jabatan atau Bahagian yang sama dengannya pada mesyuarat itu.

(2) Pengerusi boleh menjemput mana-mana orang yang bukan anggota Majlis untuk hadir dalam mana-mana mesyuarat Majlis, jika urusan di hadapan mesyuarat itu menyebabkan kehadiran orang itu dikehendaki.

(3) Seseorang yang dijemput menghadiri mesyuarat di bawah subseksyen (1) atau (2) berhak mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian Majlis, tetapi tidak berhak mengundi.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.