ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN IX - AM



Seksyen 119. Pertukaran nama Mahkamah Kadi Besar.


(1) Apabila sahaja mula berkuatkuasa Enakmen ini, Mahkamah Kadi Besar hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Tinggi Syariah dan hendaklah di sifatkan sebagai Mahkamah Tinggi Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 42 Enakmen ini.

(2) Orang yang sebaik sahaja sebelum berkuatkuasa Enakmen ini memegang jawatan Kadi Besar hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, disifatkan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan hendaklah mempunyai kuasa di bawah bidangkuasa Mahkamah itu sehingga perlantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di bawah Enakmen ini dibuat



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.