ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN VII - PEMELUKAN AGAMA ISLAM



Seksyen 108. Pengiktirafan muallaf sebagai orang Islam.


(1) Seseorang yang pemelukannya ke agama Islam telah didaftarkan dalam Daftar Muallaf hendaklah bagi semua maksud, termasuklah bagi maksud mana-mana undang-undang Persekutuan atau undang-undang negeri dan pada setiap masa, diiktiraf sebagai seorang Islam.

(2) Seseorang yang pemelukannya ke agama Islam telah didaftarkan di bawah undang-undang mana-mana negeri hendaklah bagi semua maksud di Negeri Pahang dan bagi maksud menguatkuasakan peruntukan mana-mana undang-undang di Negeri Pahang disifatkan sebagai seorang Islam.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.