ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 57. Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.


(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis dan Ketua Hakim Syarie, boleh melantik tujuh orang Islam untuk membentuk suatu panel tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.

(2) Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tiga tahun dan boleh dilantik semula.

(3) Tiap-tiap pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.