ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979
BAHAGIAN I - PERMULAAN
Seksyen 2. Tafsiran.
(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki erti yang lain-
"belif" termasuklah mana-mana Kerani, Penterjemah, Penghantar Saman atau mana-mana pegawai Mahkamah yang menjalankan tugas belif;
"lien" ertinya hak ke atas harta kepunyaan siberhutang hukuman setakat amaun yang terhutang;
"Mahkamah" mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Enakmen Mahkamah Syariah 1979;
"notis" ertinya notis bertulis melainkan Mahkamah memerintahkan yang lain;
"peguam" mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Enakmen Mahkamah Syariah 1979;
"remaja" ertinya orang yang belum mencapai umur 18 tahun;
"tahun" mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Enakmen Mahkamah Syariah 1979;
"terjemahan yang diperakukan" ertinya terjemahan sesuatu dokumen yang diperakukan betul oleh Mahkamah;
"tindakan" termasuklah "guaman" dan akasnya.
(2) Perkataan-perkataan dan perbahasaan-perbahasaan yang memberi erti lelaki termasuklah perempuan.
(3) Perkataan-perkataan dan perbahasaan-perbahasaan dalam bilangan tunggal termasuklah bilangan banyak dan perkataan dan perbahasaan-perbahasaan dalam bilangan banyak termasuklah bilangan tunggal.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.