ENAKMEN 4
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG)
BAHAGIAN III - CARA MEMULAKAN PROSIDING MAL
BAB 1 - AM
Seksyen 7. Cara memulakan prosiding mal
(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) atau mana-mana undang-undang bertulis lain, tiap-tiap prosiding
mal
di Mahkamah hendaklah dimulakan melalui saman.
(2) Semua prosiding berkenaan dengan mana-mana perkara yang dinyatakan dalam Jadual Kedua hendaklah dimulakan melalui permohonan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.