ENAKMEN 3
ENAKMEN TAREKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN VII - PENGAWALAN TAREKAT TASAWUF



Seksyen 18. Kuasa untuk menutup pusat pengamalan tarekat tasawuf.


(1) Pendaftar boleh, atas arahan Jawatankuasa Fatwa atau atas budi bicaranya, tanpa menjejaskan perjalanan selanjutnya kuasa yang diberikan kepada Jawatankuasa Fatwa atau Pendaftar di bawah Enakmen ini, setelah memberikan notis yang munasabah kepada syeikh atau tuan punya premis, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan serta merta mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu oleh Pendaftar untuk mengarahkan supaya ditutup selama satu tempoh yang tidak melebihi enam bulan—
(2) Arahan untuk menutup di bawah subseksyen (1) boleh dibuat sama ada atau tidak tarekat tasawuf itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Enakmen ini berhubung dengan suatu tarekat tasawuf.

(3) Arahan untuk menutup di bawah subseksyen (1) boleh ditarik balik oleh Jawatankuasa Fatwa atau Pendaftar setelah Jawatankuasa Fatwa atau Pendaftar berpuas hati bahawa syeikh telah mengambil langkah-langkah untuk mematuhi mana-mana peruntukan Enakmen ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya atau mana-mana arahan Jawatankuasa Fatwa atau Pendaftar, dan memastikan amalan tarekat tasawuf itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

(4) Pendaftar hendaklah mencatatkan butir-butir tentang penutupan dan penarikan balik penutupan sesuatu pusat pengamalan tarekat tasawuf dalam Daftar.

(5) Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan Pendaftar di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan dikenakan denda lima ribu ringgit.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.