ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU DAN PELANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI



Seksyen 30. Kuasa untuk meminjam.


(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan atas terma-terma dan syarat-syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, meminjam apa-apa jumlah wang yang mungkin diperlukannya untuk menunaikan mana-mana fungsinya di bawah Enakmen ini.

(2) Jumlah-jumlah wang yang dipinjam menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.