ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991
BAHAGIAN V - KEWANGAN
Seksyen 73. Sekatan-sekatan ke atas pengwujudan amanah khairat.
(1) Sama ada atau tidak dibuat secara wasiat atau pemberian semasa hampir maut (maradhul maut) tiada wakaf atau nazar yang dibuat selepas mula berkuatkuasa Enakmen ini dan melibatkan lebih daripada satu pertiga daripada harta orang yang membuatnya boleh menjadi sah berkenaan dengan bahagian yang melebihi satu pertiga itu.
(2) Tiap-tiap wakaf khas atau nazar yang dibuat selepas mula berkuatkuasa Enakmen ini adalah batal dan tak sah melainkan jika -
(
a
) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Majlis telah dengan nyata memperkenankan dan mengesahkannya; atau
(
b
) wakaf khas atau nazar itu telah dibuat semasa pembuatnya sakit tenat dan kemudian meninggal dunia akibat sakit itu dan ia telah dibuat secara bertulis melalui suratcara yang disempurnakan olehnya dan disaksikan oleh dua orang Islam dewasa yang tinggal di kariah masjid yang sama dengan pembuat itu.
(3) Seksyen ini tidak boleh berkuatkuasa untuk menjadikan sah mana-mana wasiat, pemberian semasa hampir maut (maradhul maut), wakaf atau nazar yang adalah tak sah di bawah peruntukan-peruntukan Hukum Syarak.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.