ENAKMEN 2
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN X - PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
Seksyen 118. Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam
(1) Majlis hendaklah melantik suatu jawatankuasa bernama Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam, yang hendaklah terdiri daripada—
(a)
Mufti, sebagai Pengerusi; dan
(b)
tidak kurang daripada tiga orang dan tidak lebih daripada tujuh orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai.
(2) Majlis hendaklah bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan-keputusan Jawatankuasa itu.
(3) Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam hendaklah mempunyai kuasa untuk memberikan tauliah bagi maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa aspek tentang agama Islam dan untuk menarik balik tauliah itu.
(4) Majlis boleh membuat peraturan-peraturan yang mengadakan peruntukan bagi—
(a)
tatacara, kehendak-kehendak dan perkara lain berhubungan dengan pemberian tauliah di bawah seksyen ini, termasuk fi yang boleh dikenakan;
(b)
tatacara Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam; dan
(c)
elaun yang patut dibayar kepada anggota-anggota Jawatankuasa itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.