ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN VII - PEMELUKAN AGAMA ISLAM



Seksyen 107. Sijil Pemelukan Agama Islam.


(1) Pendaftar Muallaf hendaklah mengeluarkan kepada setiap orang yang pemelukannya ke agama Islam telah didaftarkan dalam Daftar Muallaf, suatu sijil Pemelukan Agama Islam dalam borang yang ditetapkan.

(2) Sijil Pemelukan Agama Islam untuk kanak-kanak yang memeluk agama Islam hendaklah diberikan kepada ibu atau bapanya yang telah memeluk agama Islam atau jika kedua-dua ibu bapanya telah memeluk agama Islam, sijil tersebut hendaklah diserahkan kepada bapanya.

(3) Sijil Pemelukan Agama Islam hendaklah menjadi bukti muktamad akan hal yang terkandung di dalamnya.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.