ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PERATURAN AM



Seksyen 25. Peguam.


Dengan tidak menghiraukan apa-apa yang terkandung dalam mana-mana Undang-undang bertulis, seorang Peguambela dan Peguamcara yang beragama Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh hadir di dalam mana-mana Mahkamah mewakili mana-mana pihak dalam mana-mana perbicaraan dengan syarat bahawa kehadirannya tidak berlawanan dengan Hukum Syarak dan ia telah memperolehi sijil bertulis yang dikeluarkan oleh Majlis dan menjelaskan bayaran yang ditetapkan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.