ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN VI - MASJID



Seksyen 89. Sekatan membina masjid.


(1) Tiada seorangpun boleh tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis, mendirikan apa-apa bangunan untuk digunakan sebagai masjid atau menjadikan atau secara lain menggunakan mana-mana bangunan untuk tujuan masjid, atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana bangunan digunakan sebagai masjid.

(2) Majlis tidak boleh memberi kebenaran di bawah subseksyen (1), kecuali tapak bangunan bagi masjid yang dicadangkan itu telah dijadikan wakaf kekal.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.