ENAKMEN 2
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
Seksyen 13. Pembatalan pelantikan
Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota Majlis selain daripada yang disebut dalam subseksyen 11(1)
(c)
jika—
(a)
kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai anggota atau selainnya, adalah kelakuan yang memburukkan nama Majlis;
(b)
dia telah menjadi tidak berupaya untuk menjalankan tugasnya dengan sempurna sebagai anggota;
(c)
tanpa apa-apa alasan yang mencukupi pada pendapat Yang di-Pertua, dia telah tidak menghadiri tiga mesyuarat Majlis secara berturut-turut;
(d)
dia telah bertindak bertentangan dengan kepentingan Majlis; atau
(e)
dia diisytiharkan bankrap.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.