ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN V - KEWANGAN



Seksyen 85. Bantahan.


(1) Seseorang boleh membuat bantahan kepada Majlis terhadap sesuatu tuntutan baginya membayar zakat dan fitrah. Majlis hendaklah menimbangkan bantahan itu dan boleh memerintahkan supaya orang itu membayar amaun zakat dan fitrah yang dituntut daripadanya, atau suatu amaun yang lebih rendah sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis atau boleh memerintahkan bahawa orang itu tidak bertanggungan untuk membayar zakat atau fitrah atau kedua-duanya dalam sesuatu tahun atau beberapa tahun.

(2) Keputusan Majlis terhadap bantahan itu hendaklah muktamad dan tidak boleh disoal di dalam mana-mana Mahkamah Syariah atau mahkamah sivil.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.