ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
PERMULAAN KEPADA PERKAHWINAN
Seksyen 18. Rujukan kepada dan tindakan oleh Hakim Syariah.
(1) Dalam mana-mana kes berikut, iaitu -
(a)
Jika salah satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu adalah di bawah umur yang dinyatakan dalam Seksyen 8; atau
(b)
jika pihak perempuan adalah seorang janda yang tersebut oleh Seksyen 14 (3); atau
(c)
jika pihak perempuan tidak mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syarak.
maka Pendaftar hendaklah, sebagai ganti bertindak di bawah Seksyen 17, merujukkan permohonan itu kepada Hakim Syariah yang mempunyai bidangkuasa di tempat perempuan itu bermastautin.
(2) Hakim Syariah, apabila berpuas hati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu dan tentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu dan bahawa kes itu adalah kes yang mewajarkan pemberian kebenaran bagi maksud-maksud Seksyen 8, atau kebenaran bagi maksud-maksud Seksyen 14 (3), atau persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan oleh wali Raja bagi maksud-maksud Seksyen 13
(b)
, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah, pada bila-bila masa selepas permohonan itu dirujukkan kepadanya dan setelah dibayar kadar bayaran yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.