ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 165. Buku-buku, majalah-majalah dan lain-lain dalam kawalan dan simpanan.


Sesiapa ada dalam kawalannya, simpanannya atau padanya buku-buku, majalah-majalah, dokumen-dokumen atau surat-surat yang mengandungi ajaran fatwa atau penetapan yang bertentangan dengan mazhab-mazhab yang empat atau dengan mana-mana fatwa yang telah sah dikeluarkan dalam Negeri ini adalah melakukan satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.
[Pin. En. 7/87]


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.