ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR



Seksyen 5. Identiti di sisi undang-undang dan fungsi majlis.


(1) Majlis hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan meterai itu boleh dari semasa kesemasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis, dan, sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini, meterai Majlis terdahulu bolehlah digunakan sebagai meterai perbadanan bagi Majlis.

(2) Majlis boleh mendakwa dan didakwa dengan nama perbadanannya.

(3) Majlis boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang, dan menikmati segala jenis harta alih dan tak alih dan, tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis yang menyentuh harta itu, boleh memindahakkan, menyerahhakkan, menyerahkan dan memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan tentang mana-mana harta alih atau tak alih yang terletak hak pada Majlis atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Majlis menurut Hukum Syarak.

(4) Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah.

(5) Majlis hendaklah mempunyai apa-apa kuasa selanjutnya dan menjalankan apa-apa kewajipan yang diberikan kepadanya oleh Enakmen ini atau mana-mana Enakmen lain.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.