ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 74. Bidang kuasa tidak meliputi orang bukan Islam.


(1) Tiada keputusan Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah boleh melibatkan mana-mana hak atau harta seseorang bukan Islam.

(2) Bagi mengelakkan keraguan, maka dengan ini ditegaskan bahawa seseorang Islam hendaklah untuk setiap masa diiktiraf dan diperlakukan sebagai seseorang Islam melainkan jika suatu perisytiharan telah dibuat oleh Mahkamah Syariah bahawa ia tidak lagi beragama Islam.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.