ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN VI - MASJID



Seksyen 86. Tempoh jawatan Pegawai Masjid.


(1) Pelantikan seseorang Pegawai Masjid selain Imam dan Bilal bagi masjid yang ditetapkan di bawah subseksyen 84 (3) atau disifatkan telah dilantik di bawah subseksyen 84 (5) sebagai Pegawai Masjid, boleh ditamatkan melalui notis bertulis daripada Majlis.

(2) Tiada seorang pun Pegawai Masjid yang dilantik atau disifatkan dilantik di bawah subseksyen 84 (5) boleh terus memegang jawatan itu selepas mencapai umur enam puluh lima tahun.

Dengan syarat Duli Yang Maha Mulia atau Majlis, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, jika fikirkan sesuai, melantik mana-mana orang menjadi Pegawai Masjid walaupun orang itu telah mencapai umur enam puluh lima tahun atau melanjutkan tempoh perkhidmatan Pegawai Masjid yang telah mencapai umur enam puluh lima tahun.

(3) Setiausaha hendaklah memaklumkan kepada Majlis apa-apa kelakuan mana-mana Pegawai Masjid, sama ada yang berhubung dengan tugas-tugasnya yang mencemarkan namanya sebagai Pegawai Masjid atau selainnya, dan membuat apa-apa syor yang munasabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.