ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR



Seksyen 25. Permohonan cuti oleh Pengerusi dan ahli lain.


(1) Jika Pengerusi menjangka dia akan tidak berada di Malaysia selama lebih daripada tiga puluh hari, dia hendaklah memohon cuti daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2) Jika mana-mana anggota Majlis menjangka dia tidak akan berada di Malaysia selama lebih daripada tiga puluh hari, dia hendaklah memohon cuti daripada Pengerusi.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.