ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN V - KEWANGAN
Zakat dan Fitrah



Seksyen 73. Rayuan.


(1) Mana-mana orang bolehlah membuat rayuan kepada Majlis terhadap mana tuntutan bayaran zakat atau fitrah ke atasnya.

(2) Majlis hendaklah menimbangkan rayuan itu dan boleh memerintahkan bahawa orang itu hendaklah membayar amaun zakat atau fitrah yang dituntut ke atasnya, atau amaun yang kurang, sebagaimana difikirkan patut oleh Majlis, atau boleh memerintahkan bahawa orang itu tidak dikehendaki daripada membayar zakat atau fitrah di dalam sesuatu tahun.

(3) Keputusan Majlis terhadap rayuan itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan lagi di dalam mana-mana mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.