ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.


Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1991 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Raja Pemerintah melalui pemberitahu dalam Warta.

Dengan syarat Raja Pemerintah boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya peruntukan-peruntukan atau bahagian yang berlainan dalam Enakmen ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.