ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN IX - MEMELUK AGAMA ISLAM



Seksyen 114. Penentuan sama ada orang yang tidak didaftarkan ialah seorang muallaf.


Jika apa-apa persoalan timbul tentang sama ada seseorang itu adalah seorang muallaf, dan orang itu tidak didaftarkan dalam Daftar Muallaf atau di bawah mana-mana undang-undang mana-mana Negeri sebagai seorang muallaf, persoalan itu hendaklah diputuskan berdasarkan kepada merit kes itu mengikut seksyen 107.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.