ENAKMEN 3 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1982

BAHAGIAN V - AM



Seksyen 33. Perkara-perkara yang tidak diperuntukkan.


Mengenai perkara amalan dan acara dalam pembicaraan sivil dan jenayah yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini atau dalam mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya atau undang-undang mengenai acara sivil Syariah dan acara jenayah Syariah, undang-undang keluarga Islam atau dalam Enakmen Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966, Mahkamah boleh memakai apa-apa amalan dan acara Mahkamah sivil yang berkuatkuasa pada masa ini yang difikirkannya wajar bagi mengelakkan ketidakadilan dan bagi menyelesaikan perkara-perkara yang dipersoalkan antara pihak-pihak itu.

[Pin. En. 2/85]


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.