ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN V - KEWANGAN



Seksyen 81. Banker.


(1) Majlis hendaklah melantik mana-mana banker yang sesuai dan boleh mengendalikan apa-apa akaun yang difikirkan patut.

(2) Pembayaran-pembayaran oleh Majlis untuk amaun yang melebihi lima puluh ringgit hendaklah dibuat melalui cek dan semua wang yang diterima oleh atau untuk Majlis hendaklah dibayar ke dalam suatu akaun bank Majlis mengikut cara yang diperuntukkan dalam Arahan Perbendaharaan.

(3) Cek-cek yang dikeluarkan daripada mana-mana akaun bank Majlis hendaklah ditandatangani oleh Yang Dipertua atau oleh mana-mana ahli Majlis yang diberikuasa oleh Yang Dipertua dan oleh Setiausaha.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.