ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PERATURAN AM



Seksyen 30. Peraturan bersaling dengan lain-lain Negeri.


(1) Jika Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di bawah peruntukan mana-mana Enakmen yang sedang berkuatkuasa dalam Negeri-negeri yang disenaraikan dalam Jadual Pertama telah mengeluarkan saman menghendaki mana-mana orang supaya hadir di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah dalam Negeri tersebut dan orang itu dipercayai ada dalam Negeri Perlis, maka Hakim Mahkamah Tinggi Syariah bolehlah mengendorskan saman dengan namanya dan saman itu bolehlah disampaikan kepada orang yang tersebut seolah-olah saman itu dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah peruntukan Enakmen ini.

(2) Apabila Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di bawah peruntukan mana-mana Undang-undang bertulis yang berkuatkuasa dalam mana-mana Negeri yang disenaraikan dalam Jadual Pertama telah mengendorskan saman menghendaki mana-mana orang yang hadir di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah dalam Negeri Perlis dan orang itu dipercayai ada dalam Negeri tersebut mana-mana Pendaftar atau Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dalam negeri tersebut bolehlah mengendorskan saman dengan namanya dan saman itu boleh disampaikan kepada orang yang tersebut seolah-olah saman itu dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah peruntukan Enakmen ini.

(3) Raja Pemerintah boleh dengan perintah yang disiarkan dalam
Warta, menambah, memotong atau meminda Jadual Pertama.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.