ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN VII - PEMELUKAN AGAMA ISLAM



Seksyen 103. Status anak-anak muallaf.


Jika pada saat dia memeluk agama Islam, seseorang muallaf sama ada lelaki atau perempuan, ada mempunyai anak yang belum mencapai umur lapan belas tahun, dan anak itu telah diperintahkan oleh mahkamah, selain daripada Mahkamah Syariah, supaya diletakkan di bawah penjagaan muallaf itu, dan muallaf itu menetapkan supaya anak itu memeluk agama Islam, maka anak tersebut adalah memeluk agama Islam pada masa penjagaan diberi.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.