ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG



Seksyen 35. Kuasa Mufti.


Mufti hendaklah membantu dan menasihati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan Hukum Syarak, dan dalam semua perkara tersebut hendaklah menjadi pihak berkuasa utama dalam Negeri Pahang selepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.