ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN VI - MASJID



Seksyen 88. Pemegangan amanah masjid dan tanah yang berkaitan.


Walau apapun peruntukan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah bagi semua masjid di dalam Negeri Pahang dan setiap masjid bersama-sama dengan tanahnya, dan mana-mana tanah serta apa-apa harta tak alih di atasnya yang berhubungan dengan dan digunakan bagi faedah masjid, selain daripada tanah Kerajaan atau tanah rizab bagi maksud awam, hendaklah sebaik sahaja didaftarkan di bawah Kanun Tanah Negara [Akta 56/65] dan tanpa apa-apa pindah hak, penyerahan hak atau pindah milik, terletak hak pada Majlis bagi maksud Enakmen ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.