ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG



Seksyen 34. Perlantikan Mufti.


(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah melantik seorang yang layak dan sesuai untuk menjadi Mufti Negeri selama tempoh dan menurut syarat-syarat yang diperkenankan oleh Baginda.

(2) Apabila berkuatkuasa seksyen ini, orang yang menjadi mufti Negeri sebelum sahaja berkuatkuasa seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai telah dilantik di bawah seksyen ini menjadi Mufti Negeri dan hendaklah terus memegang jawatan itu sehingga perlantikan Mufti Negeri di bawah Enakmen ini dibuat.

(3) Seorang Timbalan Mufti Negeri boleh dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk membantu Mufti menjalankan tugasnya di bawah Enakmen ini.

(4) Perlantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam Warta.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.