ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002
BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 4 - DARIHAL PERBICARAAN
Seksyen 98. Ucapan.
Dalam perbicaraan di bawah Bab ini—
(a) pegawai yang menjalankan pendakwaan tidaklah perlu membuka kes itu tetapi bolehlah terus mengemukakan keterangannya;
(b) apabila tertuduh dipanggil untuk membuat pembelaannya, maka dia atau Peguam Syarienya boleh, sebelum mengemukakan keterangannya, membuka kesnya dengan menyatakan fakta-fakta atau undang-undang yang mahu digunakan olehnya dan membuat apa-apa ulasan yang difikirkannya perlu tentang keterangan pihak pendakwa, dan jika tertuduh memberikan keterangan atau saksi-saksi diperiksa bagi pihaknya, dia bolelah menggulung kesnya;
(c) pegawai yang menjalankan pendakwaan itu hendaklah mempunyai hak menjawab keseluruhan kes itu apabila tertuduh telah mengemukakan keterangannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.