ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991


Seksyen 6A. Perlantikan Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.


(1) Raja pemerintah atas nasihat Majlis hendaklah melantik selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, tidak lebih daripada tujuh orang ahli Majlis untuk menubuhkan suatu panel tetap hakim dan Ketua Hakim Syarie hendaklah memilih dua orang dari kalangan mereka untuk membentuk korum hakim dalam Mahkamah Rayuan Syariah berkenaan tiap-tiap pendengaran.

(2) Nama ketujuh-tujuh anggota itu hendaklah disiarkan dalam Warta.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.