ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN V - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 79. Pegawai Penguatkuasa Agama.


Majlis boleh melantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam Negeri atau perkhidmatan bersama seorang Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama untuk menjalankan penyiasatan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.