ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN VI - MASJID



Seksyen 83. Penyenggaraan masjid dan kawasannya.


(1) Majlis hendaklah memastikan bahawa semua masjid dalam Negeri Terengganu berada dalam keadaan baik yang sepatutnya dan kawasan-kawasannya disenggarakan dalam keadaan bersih yang sepatutnya.

(2) Majlis boleh memperdapatkan dan menggunakan, atau membenarkan pemerdapatan dan penggunaan, wang khas bagi maksud pembaikan dan menyenggaran masjid, atau boleh membayar kos pembaikan dan penyenggaran itu daripada Kumpulan Wang Majlis.

(3) Imam hendaklah dengan segera memberitahu Majlis tentang apa-apa keadaan yang memerlukan pembaikan dalam masjidnya, dan hendaklah memeriksa atau mengawasi mana-mana pembaikan itu sebagai ejen untuk dan bagi pihak Majlis.

(4) Tiada perubahan yang material struktur masjid boleh dibuat tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis.

(5) Majlis boleh mengarahkan sesuatu Jawantankuasa Masjid supaya menyenggarakan masjid di bawah tanggungjawabnya dalam keadaan baik yang sepatutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.