ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991


Seksyen 9C. Bidang kuasa pengawasan dan penyemakan.


(1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas semua Mahkamah Rendah Syariah dan boleh, jika perlu demi kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding sama ada mal atau jenayah dalam mana-mana Mahkamah Rendah Syariah memanggil dan memeriksa mana-mana rekod mengenainya dan boleh menjalankan mana-mana kuasa di bawah seksyen 9A (2) atau apa-apa arahan yang perlu demi keadilan.

(2) Apabila Mahkamah Tinggi Syariah memanggil rekod di bawah sub-seksyen (1), semua prosiding dalam Mahkamah Rendah Syariah mengenai perkara atau prosiding yang berkenaan itu hendaklah digantung sementara menanti perintah selanjutnya daripada Mahkamah Tinggi Syariah



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.