ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN V - KEWANGAN
Wakaf, Nazar dan Amanah



Seksyen 69. Penyiaran senarai harta wakaf, nazar dan amanah.


Dengan seberapa segera yang mungkin selepas 31 haribulan Disember tiap-tiap tahun, Majlis hendaklah menyediakan, mengeluarkan dan menyiarkan dalam Warta satu senarai semua harta, pelaburan dan aset yang terletak hak pada Majlis, dengan tertakluk kepada mana-mana wakaf, nazar atau amanah dan yang tidak menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Majlis.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.