ENAKMEN 3
ENAKMEN TAREKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN V - PENDAFTARAN TAREKAT TASAWUF



Seksyen 9. Permohonan pendaftaran.


(1) Mana-mana orang yang hendak menubuhkan, menguruskan atau mengendalikan sesuatu tarekat tasawuf hendaklah mengemukakan suatu permohonan pendaftaran sebagaimana yang ditetapkan dalam Borang TT 1 dalam Jadual Kedua kepada Pendaftar.

(2) Pendaftar boleh mengarahkan pemohon untuk mengemukakan apa-apa maklumat tambahan yang difikirkan perlu oleh Pendaftar dalam tempoh yang ditetapkan.

(3) Jika pemohon gagal untuk mematuhi arahan Pendaftar di bawah subseksyen (2), Pendaftar bolehlah menolak permohonan pendaftaran itu atas alasan permohonan itu tidak lengkap.

(4) Setelah Pendaftar berpuas hati bahawa permohonan itu lengkap, dia hendaklah mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa Fatwa.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.