ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN VI - MASJID



Seksyen 85. Tauliah Pegawai Masjid.


(1) Tiap-tiap orang yang dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan menjadi Imam Besar dan Imam, termasuk tiap-tiap orang yang disifatkan telah dilantik sedemikian di bawah subseksyen 84 (5), hendaklah diberi tauliah oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan.
(2) Tiap-tiap orang yang dilantik oleh Majlis menjadi Bilal, termasuk tiap-tiap orang yang dilantik sedemikian di bawah subseksyen 84 (5), hendaklah diberi tauliah oleh Majlis.

(3) Tiap-tiap Pegawai Masjid hendaklah mempunyai kuasa-kuasa dan tugas-tugas yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini dan dalam
tauliahnya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.