ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 44. Tempoh memegang jawatan Hakim.


(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) hingga (5), Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah memegang jawatan sehingga dia mencapai umur enam puluh lima tahun atau sehingga suatu masa kemudiannya sebagaimana diluluskan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, tetapi masa itu tidak boleh lebih daripada enam bulan selepas dia mencapai umur enam puluh lima tahun.

(2) Seseorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa dengan mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan tetapi dia tidak boleh dipecat daripada jawatan kecuali menurut peruntukan seksyen ini yang berikut.

(3) Jika Ketua Hakim Syarie membuat representasi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyatakan bahawa seseorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah patut dipecat oleh kerana -
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah melantik suatu tribunal menurut subseksyen (4) dan merujukkan representasi itu kepadanya, dan atas syor tribunal itu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh memecat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah itu daripada jawatannya.

(4) Tribunal tersebut hendaklah mengandungi tidak kurang daripada lima orang lelaki Islam yang memegang atau pernah memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Hakim Mahkamah Tinggi sivil di Malaysia, dan tribunal itu hendaklah diketuai oleh ahli yang terdahulu menurut susunan yang berikut, iaitu Ketua Hakim Syarie, dan ahli-ahli lain mengikut tarikh pelantikan mereka ke jawatan yang melayakkan mereka menjadi ahli.

(5) Sementara menantikan apa-apa representasi dan laporan di bawah subseksyen (3) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, atas syor Ketua Hakim Syarie, menggantung seseorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah daripada menjalankan tugasnya.

(6) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh membuat peraturan bagi memperuntukkan syarat jawatan, perletakan dan perlucutan jawatan Ketua Hakim Syarie.

(7) Walau apapun peruntukan subseksyen (1), sahnya apa-apa perkara yang dilakukan oleh ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah tidak boleh dipersoal atas alasan bahawa Hakim itu telah mencapai had umur yang dia dikehendaki bersara.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.