ENAKMEN 3
ENAKMEN TAREKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN IX - PELBAGAI



Seksyen 28. Penyampaian notis.


(1) Tiap-tiap notis atau arahan atau surat-menyurat yang dikehendaki atau diberi kuasa untuk disampaikan di bawah Enakmen ini boleh disampaikan—
(2) Jika sesuatu notis atau arahan atau surat-menyurat disampaikan melalui pos berdaftar akuan terima, notis atau arahan atau surat-menyurat itu hendaklah disifatkan telah disampaikan pada hari yang mengikuti hari notis atau arahan atau surat-menyurat itu sepatutnya telah diterima dalam perjalanan biasa pos.

(3) Jika syeikh yang kepadanya telah dialamatkan suatu surat berdaftar akuan terima yang mengandungi apa-apa notis atau arahan atau surat-menyurat yang dikehendaki atau diberi kuasa untuk disampaikan di bawah peruntukan Enakmen ini diberitahu bahawa terdapat suatu surat berdaftar yang sedang menunggu untuk dipungut olehnya di pejabat pos, dan syeikh itu enggan atau abai untuk mengambil surat berdaftar itu, notis atau arahan atau surat-menyurat itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepadanya pada tarikh syeikh diberitahu.

(4) Apa-apa notis, arahan atau surat-menyurat yang disampaikan mengikut subseksyen (1) hendaklah disifatkan telah disampaikan dengan sewajarnya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.