ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR



Seksyen 20. Penjalanan urusan.


(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya oleh Enakmen ini, semua urusan Majlis hendaklah dijalankan dalam mesyuarat Majlis yang diadakan dengan sempurna dan hendaklah dibereskan melalui ketetapan majoriti anggota yang hadir dan berhak mengundi.

(2) Ketetapan bertulis yang ditandatangani oleh semua anggota Majlis hendaklah, melainkan jika dalam mana-mana hal atau golongan hal tertentu diarahkan selainnya oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan, mempunyai kesan yang sama seperti ketetapan yang diluluskan sewajarnya di bawah subseksyen (1).



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.