ENAKMEN 3
ENAKMEN TAREKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN X - PERUNTUKAN PERALIHAN



Seksyen 34. Peruntukan peralihan bagi syeikh.


(1) Mana-mana syeikh bagi tarekat tasawuf yang telah diamalkan, ditubuhkan, diuruskan atau dikendalikan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Enakmen ini hendaklah memohon untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Jawatankuasa Fatwa mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini dalam tempoh enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Enakmen ini atau dalam apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar.

(2) Sementara menanti untuk mendapatkan keputusan pengiktirafan yang disebut di bawah subseksyen (1), Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu pengiktirafan sementara bagi syeikh dan pengiktirafan sementara itu hendaklah menjadi bukti yang mencukupi tentang pembuatan permohonan itu.

(3) Mana-mana syeikh yang kepadanya pengiktirafan sementara telah diberikan hendaklah disifatkan telah diiktiraf bagi maksud Enakmen ini.

(4) Jika syeikh tidak diiktiraf oleh Jawatankuasa Fatwa, syeikh itu hendaklah menyerahkan pengiktirafan sementara itu kepada Pendaftar dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan untuk tidak mengiktiraf syeikh itu dimaklumkan.

(5) Mana-mana syeikh yang melanggar subseksyen (4) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya.

(6) Jika selepas pensabitan di bawah subseksyen (5), syeikh itu masih tidak menyerahkan pengiktirafan sementara itu kepada Pendaftar, syeikh itu boleh dikenakan denda selanjutnya yang tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.