ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002
BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 8 - DARIHAL KETAKTERATURAN PROSIDING
Seksyen 207. Ketakteraturan tidak membatalkan prosiding.
Tertakluk kepada peruntukan yang terkandung dalam Bab ini, tiada dapatan, hukuman atau perintah yang dijatuhkan atau dibuat oleh suatu Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten boleh diakaskan atau diubah oleh sebab—
(a) apa-apa kesilapan, peninggalan atau ketakteraturan dalam aduan, saman, waran, pertuduhan, penghakiman atau prosiding lain sebelum atau semasa perbicaraan di bawah Enakmen ini;
(b) tidak terdapat keizinan yang dikehendaki oleh undang-undang; atau
(c) penerimaan atau penolakan tak wajar apa-apa keterangan, melainkan jika kesilapan, peninggalan, penerimaan atau penolakan tak wajar keterangan, ketakteraturan, ketiadaan keizinan atau salah arahan itu telah menyebabkan kegagalan peradilan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.