ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG



Seksyen 36. Fatwa.


(1) Mufti boleh atas daya usahanya sendiri atau atas permintaan daripada mana-mana orang yang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, atau atas perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan, tertakluk kepada subseksyen 2, menyiarkan dalam Warta fatwa atau pendapat atas sesuatu persoalan yang belum diputuskan atau persoalan yang menimbulkan pertikaian mengenai atau yang berkaitan dengan Hukum Syarak.

(2) Sesuatu fatwa yang dibuat oleh Mufti boleh disiarkan dalam Warta jika difikirkan perlu oleh Mufti tetapi hendaklah disiarkan dalam Warta jika diperintahkan dibuat demikian oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.

(3) Sebaik sahaja dibuat oleh Mufti, sesuatu fatwa hendaklah mengikat setiap orang Islam yang tinggal di Negeri Pahang sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya mengikuti dan berpegang kepada fatwa itu, kecuali dia dibenarkan oleh Hukum Syarak menyimpang daripada fatwa itu dalam hal kewajipan peribadi, kepercayaan atau pendapat.

(4) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua Mahkamah Syariah dalam Negeri Pahang sebagai yang penuh berkuasa dalam perkara yang ditetapkan itu.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.