ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN IV - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 65. Pendakwa Syarie dan Pegawai Penguatkuasa Agama.


(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah atas nasihat Majlis melantik seorang yang berkelayakan menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah menjadi Ketua Pendakwa Syarie.

(2) Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan mengikut budibicaranya untuk mendakwa, menjalankan atau tidak meneruskan mana-mana prosiding bagi kesalahan di dalam Mahkamah Syariah.

(3) Majlis boleh melantik orang-orang yang sesuai dan layak dari kalangan anggota Perkhidmatan Pegawai Syariah Negeri Pahang atau Perkhidmatan Awam menjadi Timbalan Pendakwa Syarie yang akan bertindak di bawah kawalan dan arahan am Ketua Pendakwa Syarie dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang diberikan kepada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie di bawah mana-mana undang-undang bertulis kecuali mana-mana hak atau kuasa yang diperuntukkan dengan nyata sebagai mesti dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.

(4) Majlis boleh melantik Pegawai Penguatkuasa Agama untuk membantu dalam penyiasatan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang lain yang berkaitan dengan kesalahan-kesalahan Syariah.

(5) Mana-mana orang yang sebaik sahaja sebelum berkuat kuasanya Enakmen ini memegang jawatan Merinyu Agama hendaklah disifatkan sebagai Pegawai Penguatkuasa Agama dan hendaklah mempunyai kuasa yang diperuntukkan dalam subseksyen (4) atau dalam mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkaitan dengan Agama Islam.

[Mas. Phg. En. 5/01]


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.