ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH
Seksyen 56. Pelantikan Ketua Hakim Syarie.
(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, boleh melantik seorang Ketua Hakim Syarie.
(2) Seseorang adalah layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika dia—
(a)
seorang warganegara; dan
(b)
selama tidak kurang daripada sepuluh tahun sebelum pelantikannya, telah memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Kadhi atau Pendaftar atau Pendakwa Syarie sesuatu Negeri atau pada suatu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang lain memegang mana-mana yang lain pula.
(3) Orang yang, sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa, memegang jawatan Ketua Hakim Syarie di bawah Enakmen terdahulu dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, terus memegang jawatan Ketua Hakim Syarie seolah-olah dia telah dilantik di bawah subseksyen (1).
(4) Pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam
Warta.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.