ENAKMEN 3
ENAKMEN TAREKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN VI - KEWAJIPAN SYEIKH



Seksyen 15. Salinan sumber rujukan hendaklah dihantar kepada Pendaftar.


(1) Syeikh hendaklah mengemukakan atau menyebabkan supaya dikemukakan kepada Pendaftar tiga salinan apa-apa bahan terbitan yang diterbitkan dalam apa jua bentuk dan melalui apa jua cara, termasuk secara elektronik, mekanikal, fotokopi dan rakaman, yang dijadikan rujukan oleh tarekat tasawuf itu sama ada atau tidak yang diterbitkan oleh tarekat tasawuf itu.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi lima ratus ringgit.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.