ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN V - KEWANGAN



Seksyen 76. Penyata tahunan.


Majlis hendaklah menyimpan akaun yang lengkap dan betul mengenai Kumpulan Wang Khairat Am dan hendaklah seberapa segera yang boleh selepas 31 haribulan Disember setiap tahun, mengeluarkan dan menyiarkan dalam Warta suatu penyata berkenaan dengan aktiviti-aktiviti Majlis dalam tahun yang lepas bersama-sama dengan kunci kira-kira Kumpulan Wang itu sebagaimana pada 31 haribulan Disember, akaun pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun itu dan senarai harta dan pelaburan Kumpulan Wang itu yang menunjukkan harga-harganya, jika dibeli, dan anggaran nilai pada 31 haribulan Disember.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.